Friday, 20 March 2015

i Think -TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN GURU





  • Faktor-Faktor Stress 19:32 by miyayaedu3109 Faktor-faktor 'Stress':
  • Faktor interpersonal 
  • Faktor diri
  • faktor organisasi 
  • Faktor kekurangan sumber 
  • Faktor luaran Faktor Organisasi 
  • Semua kerja perlu segera -kesuntukan masa 
  • Beban kerja berterusan (kronik) Perbezaan persediaan tugas dengan ketetapan tugas Bebanan kerja kerana kuantitatif dan kualitatif Mengalami kebosanan di tempat kerja 
  • Merasakan idea sendiri yang betul Selalu salahkan orang lain 
  • Rasa tidak sabar dan mudah meradang terhadap rakan kerja Stress' di tempat kerja juga boleh berpunca dari: 
  • Rasa tertekan dengan sikap ketua/ majikan 
  • Terlalu banyak atau terlalu sedikit kerja Pertukaran dalam prosedur atau polisi 
  • Tiada objektif jelas Ruangatau persekitaran tempat kerja yang tidak selesa 
  • Terlalu bosan dengan tugas akan membawa risiko ‘job burnout’ tanda-tandanya: Bosan bekerja Mengasingkan diri Malas ke tempat kerja Rasa pekerjaan tidak sesuai dan rendah tarafnya 



Kesan stres terhadap daya kerja

Stres boleh mengurangkan mood untuk melakukan kerja di pejabat.


PELBAGAI kejadian dan tragedi yang melibatkan tekanan atau stres dan kemurungan teruk sebenarnya boleh dielak dan diatasi, jika orang ramai mengambil berat mengenainya. Malah, ia boleh menjadi penyakit yang serius andai tidak diurus dan dikawal dengan baik.
Walaupun stres dikategorikan penyakit yang serius tetapi sayangnya ia tidak diambil berat.
Ini mungkin kerana masyarakat beranggapan bahawa stres hanya memberikan kesan seketika tanpa menyedari bahawa stres juga boleh menjejaskan seluruh badan dan minda.
"Ia boleh menjejaskan tingkah laku, fikiran, emosi, perhubungan dengan orang lain di pejabat dan rumah," ujar Pakar Perunding Psikiatri Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Dr. Nor Hamidah Mohd. Salleh ketika menyampaikan ceramah dalam Bengkel Stres Kehidupan anjuran Hospital Gleneagles.
Dr. Nor Hamidah memberitahu, wanita mempunyai risiko yang lebih tinggi mengalami stres dan kemurungan berbanding lelaki. Tidak ada sebab tertentu yang mengatakan punca mengapa wanita lebih berisiko tinggi berbanding lelaki.
Bagaimanapun, ia mungkin kerana wanita lebih mudah meluahkan perasaan dan dengan cara begini mereka cepat mendapatkan rawatan.
Lelaki biasanya tidak mudah meluahkan perasaan dan ini mungkin kerana anak lelaki dididik supaya menjadi 'lelaki sejati', iaitu tidak boleh menangis dan sebagainya.
Banyak kes yang dirawat di hospital melibatkan pesakit yang tidak membiasakan diri menyelesaikan masalah dari peringkat awal lagi.
Kadang-kadang masalah di tempat kerja juga memberi kesan terhadap institusi kekeluargaan sehingga memporak-perandakan perkahwinan itu sendiri.
Bagi penghidap stres, mereka bimbang, masyarakat akan memandang serong terhadap mereka dan tidak mahu dilabel kurang siuman.
Ujar Dr. Nor Hamidah, sebab itu masyarakat juga perlu prihatin dan sedar betapa stres dan kemurungan yang tidak dirawat dengan baik boleh memberi kesan kepada produktiviti kerja.
Ramai wanita stres?
Menurut Dr. Nor Hamidah, dalam satu kajian yang pernah dijalankan oleh Universiti Arizona terhadap 166 pasangan berkahwin mendapati, wanita melalui episod stres yang tinggi berbanding lelaki.
Bercerita mengenai punca masalah yang semakin meningkat itu katanya, desakan hidup dan persekitaran sebenarnya menjadi penyebab utama.
Kebanyakan wanita pada peringkat umur 35 hingga 45 tahun mengalami emosi yang stabil kerana ramai yang mula bijak menguruskan kewangan sementara anak-anak pula sudah membesar. Berbeza dengan wanita yang baru mendirikan rumah tangga atau mempunyai anak, mereka belum bijak menguruskan hal rumah dan kerja. Bagi wanita yang berumur 45 tahun ke atas, mereka pula berhadapan dengan perubahan hormon akibat menopaus.
Pendek kata wanita dwi kerjaya berhadapan dengan pelbagai cabaran iaitu penjagaan anak-anak, menjaga ibu bapa, beban kerja rumah, masalah dalam perkahwinan dan prestasi kerja.
Bijak
Namun seandainya seseorang bijak melalui setiap stres yang dialami, mereka mampu menjalani hidup dengan lebih berkualiti.
Jelas Dr. Nor Hamidah, kesihatan mental sama pentingnya dengan kesihatan fizikal.
"Mengambil berat tentang kesihatan mental membantu kita untuk merasa lebih sihat secara fizikal. Begitu juga sebaliknya kerana kedua-dua perkara ini saling berkait," katanya.
Dr. Nor Hamidah turut menasihatkan mereka yang mengalami masalah supaya ambil masa untuk rehat dan berani untuk berbincang mengenainya bersama saudara atau teman terdekat.
"Anda sendiri mungkin sedar dengan perbezaan diri apabila mengalami masalah mental seperti kemurungan. Malah rakan-rakan terdekat juga pasti akan sedar mengenainya. Seandainya ada yang menasihati anda agar bertemu pakar untuk mendapatkan rawatan, jangan tunggu lagi," katanya.
Dr. Nor Hamidah memberitahu, kerja, keluarga dan kawan-kawan memberi kesan kepada kesihatan mental dari sudut kebaikan dan keburukan. Justeru katanya, setiap individu perlu pandai mengimbangi kerjaya dan kehidupan mereka agar sihat mental dan fizikal.
Pengurusan stres di pejabat
Justeru itu, setiap organisasi perlu ada pengurusan stres di tempat kerja agar tidak menganggu produktiviti pekerja.
"Kita lihat banyak kejayaan menerusi perlaksanaan pengurusan kerja di pejabat. Kajian syarikat McDonnel Douglas pada tahun 1989 menunjukkan pengurusan stres di pejabat menurunkan 35 peratus kos penjagaan kesihatan pekerja. Pada tahun 1995, Perkhidmatan Salah Tingkahlaku dan Kesihatan Mental mendapati pengurusan stres di tempat kerja telah menurunkan 35 peratus masalahstres pekerja dan meningkatkan produktiviti sebanyak 14 peratus," ujarnya.
Mengulas lanjut tentang pengurusan ini, setiap organisasi perlu merujuk pekerja yang stres kepada pakar psikiatri, psikologi atau kaunselor.
Kebiasaannya, pekerja yang berhadapan dengan stres akan diberi cuti sakit sehingga seminggu. Jika kes serius berlaku, rawatan boleh dilanjutkan sehingga tiga bulan.
Ini penting untuk mengurangkan berlakunya darah tinggi - lelah - masalah kulit yang semakin teruk seperti jerawat, psoriasis, ekzema - serangan jantung - sinus/resdung - hilangan fungsi seksual dan pembiakan - strok - masalah berat badan - gangguan tidur - cirit-birit atau sembelit - migrain - gangguan kebimbangan - ulser perut - sakit kepala - kemurungan.


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0508&sec=Kesihatan&pg=kn_04.htm#ixzz3Uz9F50vn 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

apa itu stres???


Definisi 'Stress' 'Stress' atau tekanan melibatkan penggunaan semua sistem yang ada dalam badan yang melampaui keupayaan. Individu berkenaan mendapati sukar menyesuaikan diri dengan keadaan dan memerlukan usaha yang lebih untuk mencapai keseimbangan dalam dirinya dan dengan alam sekitar. Robbins, 1993, menerangkannya sebagai: “Suatu keadaan yang dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan peluang, kekangan atau desakan terhadap apa yang dihasratkan. Pada masa yang sama wujud ketidakpastian akan hasilnya dan hasil tersebut adalah penting kepada individu tersebut”. Secara keseluruhannya 'stress' adalah: Ketidakupayaan memenuhi tuntutan persekitaran Gangguan fungsi kehidupan Perubahan dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan masalah, kekangan dan desakan hidup Peristiwa atau keadaan persekitaran yang mendatangkan akibat yang negatif Tekanan yang mengakibatkan kebimbingan, keletihan dan ketegangan kepada individu Tindak balas luaran yang mengganggu mental dan fizikal atau tindak balas kimia dalam tubuh Hakikatnya 'stress' itu normal dan berlaku kepada setiap insan. Kita memerlukan 'stress' sebagai peransang. Namun apabila stress itu tidak boleh dikendalikan ia akan membebankan kita.


PENGURUSAN STRES


Stres atau tekanan merupakan  tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan. Ia bukan penyakit. Namun begitu, jika beban tekanan adalah tinggi dan berlaku dalam jangkamasa yang panjang, ia boleh menjejaskan kesihatan. Merupakan tindak balas fizikal dan emosi yang berlaku apabila kehendak kerja tidak standing dengan kemajuan, sumber atau keperluan pekerja.

Menutut bacaan Graf Stres Hans Selve:Bila stres rendah, hasil kerjanya juga rendah kerana kurangnya motivasi dan tumpuan kepada kerja.Bila stres berada di peringkat tinggi , seseorang itu akan mengalami tekanan dan menunjukkan tanda-tanda stres.

.       Tanda-tanda dan gejala stres dapat dilihat daripada segi fizikal seperti  adalah seperti gementar,berpeluh,rasa Seram sejuk,tangan dan kaki rasa sejuk,sakit kepala atau rasa mual/nak muntah,
bernafas laju,kering mulut,kerap buang air kecil,kerap buang air besar,cirit- birit,kurang selera makan,mudah dapat serangan penyakit seperti asma,sakit belakang badan,masalah penghadaman,sakit kepala,gatal-gatal
masalah hubungan kelamin,sakit-sakit badan dan cepat letih.

        Tanda-tanda psiko logikal pula adalah seperti:kebimbangan,keliru dan kurang daya tumpuan,sukar kawalan diri,berlaku perubahan emosi seperti :tekanan perasaan,kekecewaan,mewujudkan permusuhan,rasa tak berdaya,kurang sabar dan cepat marah,lemah Semangat,susah nak tidur,mudah terpengaruh mengambil bahan yang terlarang seperti dadah dan arak

       Berlaku pula gangguan fikiran seperti,sukar membuat keputusan,kurang minat terhadap aktiviti harian tidak merasa tercabar terhadap situasi yang sukar.Pemikiran positif terganggu disebabkan oleh:sering berfikiran negatif  dan kurang memberi perhatian.Juga berlaku penurunan kekuatan mental dalam menghadapi perasaan bingung, takut,kecewa dan cepat marah.

        Gejala seterusnya berlaku terhadap tingkah laku seperti  bercakap dengan cepat dan kuat,sering menguap,suka gigit jari, mengetap bibir, kerap mengerakkan jari, letih berperasaan yang negatif seperti mudah tersinggung,terlalu bergantung kepada orang lain,suka memberi komen dan kritik orang lain,boleh bertindak ganas,bertindak secara tidak logik.o Bertindak keterlaluan dan terlalu beremosi kurang kecekapan diri,mudah lupa,selalu membuat kesilapan,sering terlibat kemalangan,dan kurang produktiviti kerja.




Wednesday, 18 March 2015

CABARAN DAN KESEDIAAN GURU DALAM MENGHADAPI GLOBALISASI

Cabaran yang terpaksa dilalui oleh institusi pendidikan dalam konteks pelaksanaan inovasi kurikulum adalah kesediaan guru untuk menerima dan melaksanakannya dengan penuh kesungguhan. Harvey (1990) telah menyenaraikan beberapa faktor yang mengekang kesediaan guru untuk melaksanakan perubahan iaitu:

1. Kurang rasa kepunyaan: Guru-guru merasakan perubahan yang dilaksanakan di sekolah sebagai elemen asing justeru mereka tidak mempunyai rasa kepunyaan, lebib-lebih lagi sekiranya mereka menyedari idea sesuatu perubahan itu adalah daripada pihak mar seperti pertubuhan bukan kerajaan, kumpulan-kumpulan pendesak, tekanan pihak media dan sebagainya.

2. Kurang berfaedah: Guru-guru mempunyai pandangan agak konservatif bahawa amalan yang sedia ada tidak perlu kepada perubahan yang drastic kerana kurang diyakini benar-benar membawa faedah kepada mereka dan juga murid. Situasi mungkin akan menjadi lebih bercelaru apabila perubahan itu menyebabkan guru kekurangan kuasa autonomi terhadap pelajar seperti idea mengenai fungsi guru dalam kelas adalah sebagai pemudah cara sedangkan kebanyakan guru berpendapat fungsi tradisi guru adalah sebagai pendidik dan penyampai ilmu.

3. Penambahan beban: Guru mempunyai persepsi umum bahawa setiap perubahan bermakna penambahan terhadap beban tugas dan tanggungjawab. Persepsi ini menyebabkan guru bersikap pesimis terhadap pencetus idea perubahan kerana pihak-pihak berkenaan dianggap sebagai tidak memahami masalah mereka terutama beban tugas yang tidak berkaitan dengan pengajaran seperti menghadiri mesyuarat, menghadiri kursus, menjalankan aktiviti berkala di sekolah seperti hari kantin, hari sukan, hari kokurikulum dan pelbagi "jenis hari".

4. Kekurangan sokongan pentadbiran: Guru-guru sukar untuk melaksanakan perubahan kurikulum di sekolah sekiranya pihak pentadbiran kurang memberikan sokongan iaitu dari segi:

a) kewangan

b) motivasi dan dorongan

c) pengiktirafan

d) penyediaan peralatan untuk pengajaran dan pembelajaran dan

e) mengurangkan karenah birokrasi di peringkat sekolah.

5. Menyendiri: Kebanyakan guru lebih suka melakukan tugas secara menyendiri terutama berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Justeru sekiranya perubahan memerlukan guru bekerja secara berpasukan seperti pelaksanaan kaedah kolaboratif guru berasa kurang kondusif dan kebanyakan mereka akan mengelak dari melibatkan diri secara proaktif.

CABARAN: KEBERKESANAN KOKURIKULUM SEKOLAH

Dunia tanpa sempadan menyebabkan Malaysia menghadapi kemelutan sosial. Kebanjiran maklumat, akses yang mudah keadaan dunia hiburan,layaran mudah bahan-bahan porno melalui Internet dan melayari alam siber yang menjadi trend masyarakat menyebabkan berlakunya gejala negatif di masyarakat kini.
Perasaan kebimbangan terhadap generasi pelajar masa ini telah tercetus akibat fenomena negatif ini. Perkembangan tersebut telah mendorong para perancang kurikulum Malaysia terpaksa menyemak semula keberkesanan kurikulum sekolah untuk menghadapi pelbagai perubahan akibat pengaruh globalisasi tersebut. Penyemakan terhadap kekuatan dan kelemah system pendidikan di Malaysia perlu dilakukan dari semasa ke semasa oleh perancang kurikulum untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan tertentu bagi menghadapi daya saing persekitaran global yang semakin sengit dan mencabar.

CABARAN: PENGURUSAN PENDIDIKAN

Pengurusan pendidikan juga telah mengalami transformasi yang agak radikal dalam perkembangan dunia global terutama dari segi penggunaan teknologi telekomunikasi dan pengkomputeran. Beberapa inovasi telah dilaksanakan dalam pengurusan pendidikan di Malaysia terutama di peringkat sekolah bagi meningkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan. Beberapa perisian baru telah diaplikasikan yang dikenali sebagai Pengurusan Maklumat Sekolah (School Management Information System). Aplikasi sistem ini telah memudahkan pihak pentadbiran sekolah melaksanakan tugas-tugas rutin seperti:
1. Membantu dan mempermudahkan pengurus sekolah membuat keputusan.
2. Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran.
3. Mengurangkan beban pengurus dalam melaksanakan tugas yang pelbagai.
4. Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan fail.
5. Memudah dan menjimatkan masa dari segi mengumpul, memproses dan menyimpan data seperti laporan kehadiran pelajar.
6. Meningkatkan kecekapan dalam penyediaan gred/markah peperiksaan pelajar.
7. Penempatan pelajar dalam kelas.
8. Membuat agihan jadual waktu mengajar guru.
9. Pembinaan jadual waktu guru.
10. Membuat agihan sumber kewangan, buku teks, dan sebagainya.
11. Menyimpan data mengenai stok dan inventori sekolah serta pelbagai urusan rutin yang dikendalikan pentadbir dan guru

PERANAN PENDIDIK

Hussien Ahmad (2001) memberi penegasan bahawa proses globalisasi telah membawa perubahan yang mendadak kepada perlakuan hidup dan norma kehidupan manusia. Masyarakat Malaysia sedang berdepan dengan pelbagai budaya yang bertentangan dengan budaya setempat. Jati diri anak-anak remaja yang masih di bangku sekolah kini menjadi pertanyaan kerana terdapat petunjuk dimana asas-asas budaya, agama dan bangsa mulai longgar. Mereka semakin liar dan terikut-ikut akan gaya hidup dan amalan negatif kehidupan barat seperti pergaulan bebas dan berseronok-seronok sehingga lewat malam menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas keesokan hari. Semua institusi pendidikan menghadapi cabaran untuk meletakkan anak-anak remaja di landasan moral yang betul melalui pelaksanaan program-program pendidikan nilai di sekolah.
Aspek yang diteliti adalah aspek berkaitan keperibadian guru. Guru perlu menampilkan perwatakan yang positif terutama ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Antara watak yang perlu diterampilkan supaya menjadi contohan pelajar ialah amanah, bersopan santun, berdedikasi serta taat kepada tuhan. Aktiviti kokurikulum seperti badan beruniform, persatuan, kelab, dan kegiatan sukan dapat memberi input penting kepada pembentukan sahsiah pelajar. Aktiviti yang dijalankan melalui pemantauan guru akan menyuburkan sikap positif terhadap semangat kerjasama, berdikari dan semangat cinta akan negara serta membantu dalam pembentukan jati diri dan moral pelajar.

PERANAN PELAJAR

Isu–isu berkaitan perlakuan negatif pelajar semakin membimbangkan. Hasrat untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan individu pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sedang menghadapi ujian dari segi keberkesanan pelaksanaannya kerana masyarakat masa kini sedang berhadapan dengan arus globalisasi yang bersamanya membawa masuk pelbagai budaya yang bertentangan dengan budaya setempat. Dalam era globalisasi ini, banyak cabaran yang harus ditempuhi. Globalisasi itu sendiri merujuk kepada dunia tanpa sempadan. Generasi kini dikatakan mempunyai kemudahan dihujung jari. Namun begitu, generasi muda seperti pelajar harus lebih berhati – hati dalam memilih segala maklumat yang diperolehi.
Sebagai contoh, dunia hari ini banyak menggunakan internet sebagai rujukan maklumat terutamanya kepada pelajar. Pelajar menggunakan internet dalam mencari bahan rujukan kepada tugasan yang diberikan oleh pengajar. Selain itu, pelajar juga menggunakan internet sebagai bahan untuk bersosial pada laman web tertentu bagi memenuhi keperluan sosial mereka. Sehubungan dengan itu, pelajar haruslah mempunyai nilai kesedaran sendiri. Mereka perlulah pandai dalam memilih maklumat. Banyak maklumat positif yang boleh merangsang minda pelajar dan dalam masa yang sama banyak maklumat negatif yang boleh merosakkan pelajar.
Para pelajar dikatakan sebagai tunjang kepimpinan pada masa akan datang. Pelajar harus bersikap matang dalam menghadapi cabaran era globalisasi. Pada masa sekarang pelajar harus lah sentiasa mengikut perkembangan dalam setiap maklumat kerana persaingan yang ramai. Pelajar yang ketinggalan tidak akan dapat bersaing dan akan sentiasa kebelakang. Perkembangan semasa penting untuk menjadi seorang pemimpin yang disegani. Dunia hari ini mengatakan sehari tanpa berita semasa sudah banyak maklumat yang dilepaskan. Pelajar harus dididik dari sekarang supaya terbiasa dengan arus dunia sekarang.

PERANAN IBUBAPA

Ibu bapa merupakan contoh terbaik untuk pembentukan sahsiah diri anak-anak. Ia bertujuan untuk mencorakkan perwatakan atau personaliti anak-anak supaya ciri-ciri tingkah laku yang ditunjukkannya adalah baik dan sesuai dengan kehendak ibu bapa, keluarga, masyarakat dan negara. Keindahan tingkah laku dalam diri anak-anak menjamin masa depan yang cerah bagi belia untuk menjadi seorang pemimpin yang berwibawa kelak. Oleh yang demikian, peranan ibu bapa dalam cabaran globalisasi masa kini terutama di Malaysia semakin mencabar. Ibu bapa haruslah menjadi contoh yang terbaik dalam mengorak langkah bagi membimbing anak-anak mereka ini. Seawal dalam kandungan lagi, ibu bapa haruslah cuba untuk menjaga permakanan dan kesihatan agar dapat melahirkan anak yang baik.
Ibu bapa juga haruslah memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang terbaik dari guru-guru dan seboleh-bolehnya ibu bapa haruslah cuba untuk memenuhi keperluan pelajaran mereka seperti menyediakan komputer peribadi kepada mereka, bahan-bahan bacaan yang mencukupi dan memberikan perkhidmatan tuisyen tambahan agar masa terluang mereka tidaklah diabaikan begitu sahaja. Tambahan pula, ibu bapa mesti sentiasa peka dengan pembelajaran anak-anak dan cuba untuk memberikan yang terbaik agar mereka dapat belajar dalam persekitaran yang baik dan tenang bagi memudahkan mereka menelaah pelajaran dengan berkesan. Selain itu, ibu bapa mestilah sentiasa menemani anak mereka terutama pada waktu malam sekiranya ibu bapa ada kelapangan bagi menemani anak-anak mengulangkaji pelajaran. Dengan itu, tidaklah mereka berasa sunyi dan ada teman untuk berbual atau teman ketakutan. Maka, jelaslah peranan ibu bapa amatlah besar dalam cabaran globalisasi pendidikan masa kini di Malaysia khususnya.

PERANAN ICT

Globalisasi yang asaskan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pembangunan pendidikan mementingkan budaya dan penguasaan ICT di kalangan pelajar. Perubahan harus berlaku dalam system mengajar dan belajar di bilik-bilik darjah yang mana pendekatan konstruktivisme adalah digalakkan kerana ia dapat memupuk minat serta menggalakkan pelajar lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran di samping menerapkan amalan pembelajaran sepanjang hayat. Penyelidikan yang menyeluruh dan berterusan juga perlu dibuat terhadap keberkesanan pendekatan konstruktivisme agar kesan pembudayaan ICT di kalangan generasi muda berlaku secara berkesan dan berpanjangan.

PERSEKITARAN PEMBELAJARAN

Dalam usaha menangani cabaran globalisasi dalam sektor pendidikan, Malaysia perlu menyediakan segala sumber manusia dan kelengkapan sosialnya agar dapat membentuk satu daya ketahanan budaya yang membolehkannya berinteraksi dan bertindak secara autonomous dalam persekitaran baru ini.Pada abad ini, adalah amat penting untuk menjadikan rakyat Malaysia lebih produktif dalam persekitaran ekonomi baru.Pengurusan sumber manusia dalam pendidikan dahulu dan kini telah membangkitkan pelbagai isu yang menyentuh pelbagai aspek perkhidmatan dalam pendidikan.Namun dalam memastikan produktiviti dipertingkatkan, isu-isu berbangkit ini perlu diberikan perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab.
Antara isu yang telah dibangkitkan dalam sektor pendidikan beberapa tahun
kebelakangan ini termasuklah:
i)isu penilaian prestasi atau insentif dalam pendidikan,yang merangkumi, penilaian prestasi tidak dilaksanakan mengikut jadual seperti yang ditetapkan dalam Pekeliling yang berkenaan, penilaian prestasi tidak dibuat secara objektif, adil dan telus, kelemahan pegawai penilai, sistem giliran dalam Anugerah Perkhidmatan Cemerlang,penetapan kuota 8% penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang mengikut Pekeliling yang relevan, dan kefahaman konsep dan pelaksanaan Penilaian Tahap Kecekapan.
ii)isu globalisasi pendidikan, yang merangkumi pencapaian perkhidmatan
pendidikan bertaraf dunia,pencapaian daya saing dan daya tahan global, dan transformasi pengajian tinggi bagi menjadikan negara hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa.
iii)isu teknologi dalam pendidikan, yang merangkumi keefisienan sistem pertukaran guru atas talian,kemahiran kakitangan dalam teknologi maklumat dan kekurangan infrastruktur fizikal (komputer/peralatan) dan infrastruktur bukan fizikal (perisian teknologi maklumat & komunikasi).
iv)isu jaminan kualiti pendidikan yang merangkumi isu-isu berhubung Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui Tahun 2020 dan Pengurusan
v)Kualiti Menyeluruh (Total Quality Management (TQM)) dan Persijilan ISO(International Organisation for Standardisation);
vi)isu perekrutan dan pemilihan staf yang merangkumi perekrutan dan pemilihan guru,unjuran keperluan guru, pembangunan kurikulum,latihan dan pembangunan kerjaya dan penempatan dan pertukaran guru,kekurangan data dan maklumat pendidikan.
vii)isu latihan dan pembangunan staf yang merangkumi pembentukan polisi dan objektif latihan memerlukan maklum balas daripada semua kakitangan masalah impak latihan, contohnya, analisis organisasi yang tidak mencukupi sebelum pelaksanaan, kurangnya sokongan pengurusan, pelatih yang tidak bermotivasi, kemahiran diajar tidak berkaitan dengan masalah, tiada tindakan susulan di tempat pelatih dan masalah peruntukan bagi program latihan yang tidak mencukupi.
viii)isu pembangunan kerjaya pekerja yang merangkumi kriteria yang dijadikan asas kenaikan pangkat,pertukaran tempat bertugas,pengurusan kerjaya,contohnya penilaian berorientasikan kerjaya, disiplin pekerja dan persaraan serta latihan yang diperlukan sebelum persaraan.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, dunia tanpa sempadan ini memaksa industri pendidikan di Malaysia untuk melalui era transformasi yang sangat dirasai gelombangnya. Selain itu, perkembangan pendidikan di Malaysia yang semakin pesat ini adalah hasil daripada minat ibu bapa yang tinggi terhadap perkembangan pendidikan dan persekolahan anak-anak mereka baik di peringkat pra sekolah, pendidikan rendah, menengah dan juga di institusi pengajian tinggi. Kesedaran tersebut adalah implikasi daripada kesedaran mengenai kepentingan pendidikan bagi memajukan diri dalam menghadapi cabaran kehidupan yang semakin sengit. Oleh itu, peranan-peranan daripada pihak pendidik, ibubapa, dan pelajar itu sendiri amatlah penting bagi menghadapi transformasi dunia tanpa sempadan ini. Akhir sekali, pihak perancang pendidikan perlu melihat isu-isu dan cabaran yang berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif. Menyelesaikan masalah secara runcitan dan memberi tumpuan kepada aspek tertentu dan mengurangkan tumpuan kepada aspek lain akan menghalang pelaksanaan pendidikan kita terutama bagi memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri


Nota Ringkas EDU 3093


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Salam 1 Malaysia


Mari muat turun nota padat dan ringkas EDU 3093 "Guru dan Cabaran Semasa" atau  / EDU 3109.


bab 1 : http://www.scribd.com/doc/249040523/GURU-DAN-CABARAN-SEMASA-EDU-3093-BAB-1
bab 2 : http://www.scribd.com/doc/249040789/GURU-DAN-CABARAN-SEMASA-EDU-3093-BAB-2
bab 4 : http://www.scribd.com/doc/249041039/GURU-DAN-CABARAN-SEMASA-EDU-3093-BAB-4
bab 5 : http://www.scribd.com/doc/249041091/GURU-DAN-CABARAN-SEMASA-EDU-3093-BAB-5
bab 6 : http://www.scribd.com/doc/249041226/GURU-DAN-CABARAN-SEMASA-EDU-3093-BAB-6







  • Nota-nota dari laman ini merupakan ringkasan daripada buku "Guru dan Cabaran Semasa" terbitan Oxford Fajar Sdn. Bhd.


Guru Hari Ini....pelbagai cabaran perlu dihadapi....perkemaskan minda terapi diri jom jadi guru yang berdedikasi....Teacher Lin...