apa itu stres???
Definisi 'Stress' 'Stress' atau tekanan melibatkan penggunaan semua sistem yang ada dalam badan yang melampaui keupayaan. Individu berkenaan mendapati sukar menyesuaikan diri dengan keadaan dan memerlukan usaha yang lebih untuk mencapai keseimbangan dalam dirinya dan dengan alam sekitar. Robbins, 1993, menerangkannya sebagai: “Suatu keadaan yang dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan peluang, kekangan atau desakan terhadap apa yang dihasratkan. Pada masa yang sama wujud ketidakpastian akan hasilnya dan hasil tersebut adalah penting kepada individu tersebut”. Secara keseluruhannya 'stress' adalah: Ketidakupayaan memenuhi tuntutan persekitaran Gangguan fungsi kehidupan Perubahan dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan masalah, kekangan dan desakan hidup Peristiwa atau keadaan persekitaran yang mendatangkan akibat yang negatif Tekanan yang mengakibatkan kebimbingan, keletihan dan ketegangan kepada individu Tindak balas luaran yang mengganggu mental dan fizikal atau tindak balas kimia dalam tubuh Hakikatnya 'stress' itu normal dan berlaku kepada setiap insan. Kita memerlukan 'stress' sebagai peransang. Namun apabila stress itu tidak boleh dikendalikan ia akan membebankan kita.
PENGURUSAN STRES
Stres atau tekanan merupakan tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan. Ia bukan penyakit. Namun begitu, jika beban tekanan adalah tinggi dan berlaku dalam jangkamasa yang panjang, ia boleh menjejaskan kesihatan. Merupakan tindak balas fizikal dan emosi yang berlaku apabila kehendak kerja tidak standing dengan kemajuan, sumber atau keperluan pekerja.
Menutut bacaan Graf Stres Hans Selve:Bila stres rendah, hasil kerjanya juga rendah kerana kurangnya motivasi dan tumpuan kepada kerja.Bila stres berada di peringkat tinggi , seseorang itu akan mengalami tekanan dan menunjukkan tanda-tanda stres.
. Tanda-tanda dan gejala stres dapat dilihat daripada segi fizikal seperti adalah seperti gementar,berpeluh,rasa Seram sejuk,tangan dan kaki rasa sejuk,sakit kepala atau rasa mual/nak muntah,
bernafas laju,kering mulut,kerap buang air kecil,kerap buang air besar,cirit- birit,kurang selera makan,mudah dapat serangan penyakit seperti asma,sakit belakang badan,masalah penghadaman,sakit kepala,gatal-gatal
masalah hubungan kelamin,sakit-sakit badan dan cepat letih.
Tanda-tanda psiko logikal pula adalah seperti:kebimbangan,keliru dan kurang daya tumpuan,sukar kawalan diri,berlaku perubahan emosi seperti :tekanan perasaan,kekecewaan,mewujudkan permusuhan,rasa tak berdaya,kurang sabar dan cepat marah,lemah Semangat,susah nak tidur,mudah terpengaruh mengambil bahan yang terlarang seperti dadah dan arak
Berlaku pula gangguan fikiran seperti,sukar membuat keputusan,kurang minat terhadap aktiviti harian tidak merasa tercabar terhadap situasi yang sukar.Pemikiran positif terganggu disebabkan oleh:sering berfikiran negatif dan kurang memberi perhatian.Juga berlaku penurunan kekuatan mental dalam menghadapi perasaan bingung, takut,kecewa dan cepat marah.
Gejala seterusnya berlaku terhadap tingkah laku seperti bercakap dengan cepat dan kuat,sering menguap,suka gigit jari, mengetap bibir, kerap mengerakkan jari, letih berperasaan yang negatif seperti mudah tersinggung,terlalu bergantung kepada orang lain,suka memberi komen dan kritik orang lain,boleh bertindak ganas,bertindak secara tidak logik.o Bertindak keterlaluan dan terlalu beremosi kurang kecekapan diri,mudah lupa,selalu membuat kesilapan,sering terlibat kemalangan,dan kurang produktiviti kerja.
No comments:
Post a Comment